Sampai semalam, da 3 hari berturut-turut la dia OT sampai midnight. Sampai rumah da pukul 1 a.m. Pukul 6.30 a.m da nak kena bangun sebab kalau lambat, memang x kan sampai la office pukul 8 a.m.. Tiba-tiba aku rasa sangat bersalah.. Dalam keadaan aku sekarang, x banyak yang mampu aku buat untuk tolong husband meringankan bebanan dia. Memang la tanggungjawab suami tu memberi nafkah zahir dan batin untuk isteri.. Tapi, faham-faham je la.. Kalau kau duduk KeyEll ni (ceh! menyampah aku.. KeyEll la sangat), kos sara hidup memang tinggi. Mana nak bayar sewa rumah, installment kereta, bill air, elektrik, internet (which is a must nowadays), belum masuk hutang-hutang lain lagi.. kad kredit, installment tv, sofa (kalau ada la). Tu pun nasib baik aku da terminate ASTRO sebab konon-konon nak pindah, tapi KIV dulu la.
Nak dijadikan cerita, masa dia tidur aku pandang muka dia dalam kelam lampu tidur (hahaha.. ayat x boleh blah) sambil menitiskan air mata.. Ya Allah.. Aku sangat sayangkan dia. Walaupun aku tau, aku bukan isteri yang sempurna, walaupun aku tau aku selalu cari gaduh, buat perangai, merajuk, marah-marah dengan dia.. Tapi dia sabar je layan perangai aku.. Kadang-kadang terlepas gak perkataan-perkataan x baik dari mulut aku dan walaupun dia akan marah aku balik, tapi aku sangat sayangkan dia. Dan aku pun tau dia sayangkan aku..
Ada 1 hari tu aku tanya dia dengan muka yang masam mencuka (x puas hati la konon) kenapa asyik OT je.. Boring aku asyik kena tinggal je.. Jawapan dia " ye la..kalo pa OT, boleh la dapat duit lebih sikit, nanti kita boleh beli barang baby".. Terus aku terdiam x jadi nak marah..
Untuk husband -- Khairul Baihaki Ahmad (walaupun aku tau dia x kan baca blog ni.. tu yang berani post kat sini), terima kasih sebab mengambil ma sebagai isteri pa, walaupun baru 1 tahun 5 bulan 1 minggu dan 5 hari kita kahwin, da banyak rintangan dan dugaan yang kita lalui bersama. Kadang-kadang kita happy, kadang-kadang kita sedih, kita bergaduh, mengutuk each other tapi kita masih bersama sampai ke hari ini dan insyaAllah hingga ke hujung nyawa.
![]() |
| masa raya aidilfitri baru-baru ni |
Ya Allah~sekiranya dia ditakdirkan untuk ku, kau panjangkan lah jodoh kami hingga ke akhir hayat. Aku mencintainya kerana dia mencintaiMu..

No comments:
Post a Comment