Sunday 11 November 2012

Pindah Terengganu????


Semalan, masa tengah lepak-lepak atas sofa sambil main internet guna iphone husband sebab semalam kat TV3 cerita Tamil bukan cerita Hindustan, sekali dia tanya 1 soalan yang buat aku terdiam..Aduh, panjangnya ayat pendahuluan kau..

Nak tau soalan dia?

"Ma, kita pindah kampung nak? ada kerja kosong kat Kenyir.."

FYI, my husband ni orang Felda Chalok Barat, Permaisuri kat Terengganu tu.. Dulu, sebelum kahwin dia pernah cakap nak balik kerja kat Terengganu. Tapi masa tu, aku dengan slumber je cakap balik la.. i nak kerja KeyEll.. Pastu, masa baru-baru kahwin, dia ada tanya lagi..tapi aku still dengan keputusan aku. Ye la kan, aku mana biasa nak duduk area pendalaman ni. Ceh! Berlagak! Macam la Gemas tu bandar sangat.. Bukan la maksud aku nak memperkecilkan tempat tanah tumpah darah dia (ayat rasa nak sepak je), tapi aku kurang berkenan nak duduk jauh-jauh dari KeyEll.. Nanti mana aku nak shopping? X ada Midvalley, X ada SOGO, x ada Jusco.. Macam mana kalau malam-malam aku teringin nak makan roti tisu atau roti sardin kedai mamak? Mana nak cari kedai mamak kat sana? Kalau aku tetiba nak makan McD dan malas nak keluar rumah, boleh ke aku call McDelivery kat Bandar Tun Hussein Onn ni hantar ke Chalok Barat? Aduh, ayat kau.. Tapi yang pastinya.. x dapat la aku nak balik Gemas selalu.. Mak aku da la jenis yang baru balik minggu lepas, hari rabu da call tanya x nak balik ke.. Adoi.. X best nya.. Kesian kat mak dengan abah aku nanti.. Kalau ada saudara-mara buat kenduri, x ada orang nak temankan diorang pergi kenduri..

Keadaan sunyi sekejap.. Macam orang-orang tua kata Malaikat lalu.. Ye ye je kan.. Mana orang-orang tua tau malaikat tengah lalu masa tu? Diorang boleh nampak malaikat ke? Aku biarkan je soalan tu.. Tapi dalam kepala otak aku ni asyik berfikir je.. Ye la, kalau dulu aku ada reason yang kukuh kenapa aku x nak pindah ke sana.. Sekarang aku kan jobless sementara nak tunggu baby keluar ni.. Aku x dapat la nak cakap apa. Tapi aku ada gak tanya dia, kalau pindah Terengganu, aku nak kerja apa kat sana? Da kalau Mydin yang baru buka kat Kuala Terengganu tu pun suruh valuer dari KL (Firm aku kerja dulu la) yang buat valuation report dia.. Jadi valuer kat Terengganu nak value property apa?

Malam tadi sebelum tidur, masa atas katil tengah cari uban atas kepala dia (hahaha.. terbagitau pulak dia ada uban), aku tanya la..

Me: Mana pa tau kat Tasik Kenyir tu ada kerja kosong?
Him: Zikie bagitau..
Me: Zikie tu siapa?
Him: Kawan pa la..
Me: Dia kerja kat situ ke?
Him: X.. tapi dia tau la ada kerja kosong kat situ.. (jawapan macam x berapa nak percaya)
Me: Kalau kita pindah sana, kita nak duduk mana?
Him: Kita duduk la rumah ayah dulu sementara cari rumah lain.. (FYI, rumah ayah sangat-sangat panas ok.. Memang x tahan la kalau kena duduk seharian kat rumah je. Kami kalau balik memang suka melepak kat dapur je.. Sebab sejuk sikit..)

Dalam sedar x sedar, mulut aku ni pergi cakap pulak

Me: Pa cuba la apply dulu..
Him: Betul ke? Ma nak balik Terengganu?
Me: blank~ apa aku cakap tadi ek? Ala.. kita tengok la nanti macam mana.. Kalau dia dapat kerja tu and aku masih lagi jobless at that time, maybe aku akan consider idea tu..

Korang rasa patut ke x patut aku pindah Terengganu? Tolong aku weh...














Friday 9 November 2012

Aku Sayangggggg Kamu


Semalam tengok husband tidur lena membuatkan aku terasa sangat touching.. X pasal-pasal je kan? Tengok husband tidur lena pun nak touching. Erm.. sebenarnya aku rasa sangat kasihan pada husband. Kerja macam  x ada istilah cuti.. His working hours start from 8 a.m until 5 p.m. Tapi, dia selalu buat OT.

Sampai semalam, da 3 hari berturut-turut la dia OT sampai midnight. Sampai rumah da pukul 1 a.m. Pukul 6.30 a.m da nak kena bangun sebab kalau lambat, memang x kan sampai la office pukul 8 a.m.. Tiba-tiba aku rasa sangat bersalah.. Dalam keadaan aku sekarang, x banyak yang mampu aku buat untuk tolong husband meringankan bebanan dia. Memang la tanggungjawab suami tu memberi nafkah zahir dan batin untuk isteri.. Tapi, faham-faham je la.. Kalau kau duduk KeyEll ni (ceh! menyampah aku.. KeyEll la sangat), kos sara hidup memang tinggi. Mana nak bayar sewa rumah, installment kereta, bill air, elektrik, internet (which is a must nowadays), belum masuk hutang-hutang lain lagi.. kad kredit, installment tv, sofa (kalau ada la). Tu pun nasib baik aku da terminate ASTRO sebab konon-konon nak pindah, tapi KIV dulu la.

Nak dijadikan cerita, masa dia tidur aku pandang muka dia dalam kelam lampu tidur (hahaha.. ayat x boleh blah) sambil menitiskan air mata.. Ya Allah.. Aku sangat sayangkan dia. Walaupun aku tau, aku bukan isteri yang sempurna, walaupun aku tau aku selalu cari gaduh, buat perangai, merajuk, marah-marah dengan dia.. Tapi dia sabar je layan perangai aku.. Kadang-kadang terlepas gak perkataan-perkataan x baik dari mulut aku dan walaupun dia akan marah aku balik, tapi aku sangat sayangkan dia. Dan aku pun tau dia sayangkan aku.. 

Ada 1 hari tu aku tanya dia dengan muka yang masam mencuka (x puas hati la konon) kenapa asyik OT je.. Boring aku asyik kena tinggal je.. Jawapan dia " ye la..kalo pa OT, boleh la dapat duit lebih sikit, nanti kita boleh beli barang baby".. Terus aku terdiam x jadi nak marah..

Untuk husband -- Khairul Baihaki Ahmad (walaupun aku tau dia x kan baca blog ni.. tu yang berani post kat sini), terima kasih sebab mengambil ma sebagai isteri pa, walaupun baru 1 tahun 5 bulan 1 minggu dan 5 hari kita kahwin, da banyak rintangan dan dugaan yang kita lalui bersama. Kadang-kadang kita happy, kadang-kadang kita sedih, kita bergaduh, mengutuk each other tapi kita masih bersama sampai ke hari ini dan insyaAllah hingga ke hujung nyawa.

masa raya aidilfitri baru-baru ni

Ya Allah~sekiranya dia ditakdirkan untuk ku, kau panjangkan lah jodoh kami hingga ke akhir hayat. Aku mencintainya kerana dia mencintaiMu..








Thursday 8 November 2012

Check-up 30 weeks



Assalammualaikum..

Semalam pergi check-up kandungan untuk 30 weeks.. Start dari 28 weeks hari tu da kena datang every 2 weeks..Adoi..Malas betul nak pergi sebab procedure dia sama je pun untuk setiap check-up. Appointment semalam pukul 9 a.m tapi sebab traffic jem yang memang dijangka masa nak exit from Bandar Mahkota Cheras ni, sampai dekat KKIA Ulu Langat dalam pukul 9.20 a.m..

Sampai KKIA letak buku pink dalam bakul yang disediakan and tunggu nama dipanggil untuk check berat and tekanan darah..(erm..betul ke?ala, yang nurse wrap belt kat lengan tu). Anggap je la betul ek, kalo salah tolong betulkan.

Hasil nya? Berat still maintain macam last 2 weeks at 67kg walaupun aku timbang sendiri kat rumah, mesin timbang tu tunjuk 65kg je.. Blood pressure 109/65. Ok kot kan? Nurse tu x cakap ape-ape pun. Tapi yang merisaukan kenapa aku punya Hb makin turun ek? Masa mula-mula check (week 15) punya la cantik - 13gm%, tapi semalam turun ke 11.2gm%. Aku ada tanya nurse, tapi dia kata bacaan yang ok start dari 11 ke atas, so Hb aku masih di tahap ok la.. Erm.. ada sape-sape tau x macam mana nk increase Hb?

************

Ok, nak review apa yang berlaku dalam minggu ke-30 ni.. Aku dapat info dari babycenter. Boleh click link kt bawah tu kalo nak tau lagi detail ok. Aku bagitau in point je..


Comeynye baby duduk macam ni..
  • Paru-paru baby da semakin matang
  • Baby da buka dan tutup mata dia. Sekarang baby boleh bezakan keadaan cerah dan gelap dan boleh nampak apa yang berlaku dalam rahim.. Erm..apa yang baby nampak ek?
  • Baby da ada bulu kening dan bulu mata.. Wow! macam mana bulu mata baby ek? sikit&jarang macam mama x?hehehe
Boleh click kat link ni ye kalo nak tau lagi details..http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/30-minggu/

Tapi bagi aku pulak, sekarang da start susah nak tidur sebab baby sangat aktif bergerak start dari pukul 10p.m sampai la ke pukul 2a.m macam tu.. Dia gerak bukan jenis yang slow-slow tapi tahap ganas punya. (huhuhu..baby x kesian kat mama ke?) Kalau mengiring ke kiri or kanan, rasa macam baby sepak-sepak perut.. Maybe terhimpit dia kot. Tapi kalau baring melentang, lagi la dia x berhenti bergerak.. Tapi.. (berapa banyak tapi da..) X kira la, nak guna tapi gak.. Setiap kali baby gerak, aku rasa macam happy je sebab aku tau baby aku aktif dan macam bagi response bila kita bercakap dengan dia.. Seronoknya... X sabar nak tunggu baby keluar..

Till then, bye.

Friday 2 November 2012

Pecah rumah lagi

Assalammualaikum..

Semalam, mase tengah goreng bihun untuk dinner, husband balik&cerita rumah 2nd floor kena pecah masuk.. Aku tanya mana die tau. Die kata tadi dok sembang dengan neighbour depan rumah ni kat luar..xdengar ke? Laa..yeke? mane nak tau..tengah khusyuk goreng bihun x dengar la u dok sembang ape kt luar tu.. Hehehe

Hmmm. semakin menjadi2 lak kejadian macam ni kan? orang sekarang da x takut nak wat jahat da.. Macam kes neighbour lower floor ni, die kuar makan (rase nye during lunch time) sekejap je pun. Balik2 tengok rumah da kena pecah.. Tapi aku x tau la ape barang yang hilang.

Kejadian ni kali ke-6 kat apartment ni. Mase rumah aku kena pecah masuk aritu, rase ralat la jugak sebab banyak barang2 yang hilang..TV LCD(beli guna duit gaji yg ke-3), DVD player, laptop&notebook(hantaran mase kahwin), husband's watch,duit 50sen dlm tabung(rase2 dalam RM500 gak la), cincin kahwin husband erm..pe ntah lagi..x ingat da la aku. Yang paling x boleh blah tu, astro card aku pun die tibai..bodoh punye penyamun. Mase tu x sampai sebulan lagi aku pindah masuk apartment ni & actually its newly completed.. Walaupun baru siap, guard dah ade la..guna access card bagai..tapi penyamun masuk semua x nampak.. abis tu yang guard dok dalam post depan main entrance tu buat ape? jadi patung bernyawa kat situ ke?

Aku rasa baru last month management install cctv kat lift lobby..tapi, semalam de lagi kes pecah masuk ni. Ape makna nye tu? nak kata guard x efficient? Memang pun.. Pesal aku cakap camtu? Ye la.. Asyik dok menyembang&membuta je dalam post die..bukan nak pergi round every floor. Nak kata system keluar-masuk lousy? Access card ade, car&motor sticker ade.. Kalo xde sticker guard x bagi masuk.. For visitor plak, kena record bagai, tinggal lesen la tapi macam mane diorang x boleh detect kes-kes macam ni?

Bila tanye kat guard, diorang kata x nampak siapa-siapa yang mencurigakan masuk or keluar.. Bile report kat polis, boleh plak tanye kite ade suspect x? Apa punya soalan da.. Orang kata 'orang dalam' gak punya kerja ni.. Tapi sape 'orang dalam' tu? Siapa yang harus dipersalahkan?

Hmm..aku tunjuk sekeping gambar masekes pecah masuk umah aku aritu..





Ok, till then, bye.

Thursday 1 November 2012

Cerita 29 Oktober

Hi all,

Hmm..nampak nye mood nk berblog agak kurang lepas balik raye haji haritu. Bukan ape, masalahnye kami (husband&me) diserang demam, selsema dan batuk. (Mane x nye..g berendam dalam air terjun kat Lata Changkah macam orang x hengat dunia). Tapi yang paling teruk mesti la aku kn..dengan baby yg dalam perut ni lagi. Setiap kali batuk, rase sakit sangat kat bahagian bawah abdomen ni. Pastu rase cian sangat kat baby..mesti die rase macam gempa bumi tiap kali aku batuk..hehehe..sorry baby~ Ha, melalut ke lain plak.

Ok berbalik pada tajuk kat atas tu, actually 29th October is my birthday..HAPPY BIRTHDAY TO ME..weee!! (hahaha, xmalu wish untuk diri sendiri). Ye la kan, kalo aku x wish untuk diri sendiri, sape lagi nak wish kan..

Nak dijadikan cerita, kami (husband,me&sis in law) bertolak balik dari Chalok Barat dalam pukul 830pm. Perjalanan malam itu agak lancar sampai la nak exit ke Bandar Muktafi Billah (erm..kalo x silap eja die macam ni la) sebab LPT highway tu kan x siap sepenuhnye lagi..time tu da nampak kereta bergerak slow je.. Kami memang da budget akan jem, tap x sangka la plak dari sini da start jem die. Mase ni aku yang drive and da janji dengan husband nak tukar pukul 11p.m. 

Lepas tukar driver, jalan ikut Jabor tu memang slow giler r..husband da banyak kali menguap..aku yg ikut tersengguk2 ni pun gagahkan diri untuk x tidur sebab kesian kalo biar die drive sorang2.. Lagipun nak test die whether die ingat x buzday wife yang terchenta ni..(tapi hampeh je, da pukul 12a.m pun die wat dunno je).. Tapi aku sabarkan je la hati, bagi die sikit mase lagi..

Dalam pukul 1.30a.m tetiba tanye die:

Me: Hari ni bape hari bulan syg?
Husband: Ntah.. 28 kot..nape?
Me: X de pape..tanye je..
(dalam hati: ee..x nampak ke jam tu da 1.30?mesti r da 29hb...)

Dalam pukul 2a.m, tanye die lagi..

Me: Hari ni ari ape pa?
Husband: Hari ahad la..nape asyik tanye je ni?
(Erm..pura-pura cakap ngan baby, sebab mase tu rase baby bergerak)
Me: Sian mama kan baby..da la x dapat tidur sebab kena teman papa drive..arini ari ape pun die x ingat.. da la x celebrate, cake pun xde..ingat pun x buzday mama arini kan..
(Cakap agak slow sebab sis in law tidur kat belakang). Tapi husband wat x tau je..ee..sakit nye hati..eeeee!!!! cubit2 die bagi die sakit, biar die sedar arini ari ape.

Me: Pa!!! x ingat ke arini ari ape?
Husband: Tau, buzday ma..

Tu je??Ceh! ini la lelaki..bukan nak ingat pun tarikh2 special dalam hidup die kan..hish!menci r..x mo citer da..

Notakaki~sory terpanjang lak melalutnye kali ni..till then, bye