Friday 27 September 2013

Room divider untuk dijual





aku ada room divider yang nak dijual.. sayang oi nak jual.  masih elok, boleh refer gambar. gambar tu aku dah rotate tapi bila upload dalam blog die jadi macam ni pula.. asalkan boleh nampak, ko layankan je la ek.. nak jual sebab tak ada tempat nak letak kat rumah baru nanti. lagipun, aku tak tau dah macam mana nak deco rumah baru..serba serbi tak kena..dinding warna cream, tiles warna biru.. haru biru kepala otak aku..tu nanti aku up entri lain.. bila ntah, tunggu aku rajin

aku beli 3 tahun lepas, masa aku duduk condo kat Sg. Long. masa tu beli sekali dengan sofa. divider ni agak besar..sesuai la dengan kegunaan dia kan. aku letak betul - betul depan pintu masuk, so kalau ada orang kat luar memang tak berapa nak perasan bahagian dalam.

sayang sebenarnya nak jual. tapi disebabkan dah tak ada tempat lagi nak letak..aku redha je lah.. sentimental value ni ok.. antara perabut pertama yang aku beli hasil titik peluh sendiri..

kalau ada yang berminat, boleh tinggalkan comment.

ha, sebelum aku terlupa.. aku tak ada buat penghantaran ok..self pick-up untuk area Cheras, Bangi, Kajang & Putrajaya.. harga boleh bincang..

Friday 13 September 2013

Pindah rumah.. la..la..la..


Esok, ada penyewa baru nak datang tengok rumah ni pukul 10a.m. *adoi, tak boleh datang lambat sikit ke? rosak la program aku nak bangun lambat. aku pun da set appointment nak tengok rumah kat Bangi tu petang esok. Semoga dipermudahkan..


gambar pinjam from google

Hujung bulan ni inshaAllah kalau tak ada apa-apa aral melintang, aku kami nak akan berpindah ke Bangi.
Rumah sewa je pun, tak mampu lagi nak beli rumah sendiri.. nama je kerja valuer & involved dalam bidang hartanah, tapi aku belum berkemampuan untuk beli rumah sendiri. sob..sob..sob.. InshaAllah, ada la rezeki kami nanti..
lagipun rumah area KL & Selangor ni ya ampun.. mahaaaaaal banget sih..ha, korang nampak tak macam mana aku eja perkataan 'mahal' tu? maknanya memang mahal la kan. kadang-kadang, kalau banker tanya market value tu, aku rasa macam tak logic je harga yang diaorang nak. tak apa, tak apa, ada la rezeki kami nanti nak beli rumah sendiri.

Ok, pasal pindah rumah tadi..nak ikutkan, ni kali ke-4 kitaorang pindah. apa? kali ke-4? a'ah.. kali ke-4 sepanjang aku duduk KL la.. Eh, Bandar Mahkota Cheras bawah Selangor kan? tu la pasal air free. hehehe. memang bawah Selangor, tapi bagi la aku chance perasan orang KL. apa da...hihihi

napa nak pindah?

Ok, ada beberapa sebab aku nak pindah dari rumah sewa sekarang. Pertama, rumah sewa sekarang ni jenis apartment. aku duduk tingkat 6. walaupun ada lift, tapi kalo nak bawa naik atau turun barang tu memang agak memenatkan la.. lagi-lagi time balik kampung atau time shopping barang dapur. kalau balik kampung bawa 3 beg, balik semula ke sini da jadi 5 beg. hehehe.. standard la kalau balik kampung kan. segala makanan kat rumah mak tapau bawa balik. masa dapat memang seronok, tapi azab nya time nak bawa naik atas la. terpaksa la en. husband buat 2 trip angkat barang.. aku memang tak dapat tolong la.. mana nak angkat Annur Hasya lagi kan.

Sebab ke-2 pula, in term of security. walaupun kat apartment ni ada security & dah dipasang cctv kat lobi lift, tapi kejadian pecah-masuk masih berlaku lagi. aku kan pernah wat entry pasal rumah aku kena pecah masuk tahun lepas kan kat entry nilepas raya hari tu, jiran depan rumah pula, kena kopak grilles pintu nya. xtau la apa yang hilang sebab sampai sekarang, tak nampak dia kat rumah. tambahan pula, rumah aku ni corner lot, agak terasing dari rumah-rumah yang lain & dekat dengan tangga. so, senang la si perompak buat kerja. akibat perbuatan si perompak sengal tu, sampai sekarang aku tak beli lagi tv LCD. pakai je la tv kotak pinjam yang besar gedabak ni.. *tapi owner dia da tanya bila nak pulangkan..sob sob sob..

Sebab ke-3 *wah, panjangnya entry, kalah essei masa jawab exam PTD hari tu. parking. ye, masalah parking. kebanyakan rumah apartment or condominium hanya 1 parking sahaja yang provided by developer. kalau ko ada 2 kereta, 1 kereta parking dalam, 1 kereta parking luar. tak kisah la kereta ko tu brand apa, beli mahal-mahal sampai berjuta pun, parking la luar. tapi sekarang ada jugak new condo development yang ada 2 parking or kita boleh beli lagi lot parking. tu pun perlu duit tau. bukan ko beli lot parking tu dua tiga ratus. ribu-riban gak. kalau ko kaya or kahwin dengan orang kaya, tak ada masalah kot.. nak ajak orang datang rumah pun segan sebab kesian kena parking jauh sebelum dapat masuk kawasan rumah.

Ok, ni reason yang last..Keluasan. dengan keluasan 869sf & barang-barang yang banyak, memang aku rasa agak sempit la rumah ni.. tengah masak kat dapur tetiba husband nak letak baju dalam washing machine kat yard pun boleh berlanggar montot.. x bersyukur la ko ni Anis, ada orang duduk rumah 650sf je, ramai-ramai pula tu duduk dalam 1 rumah.. bukan. bukan aku tak bersyukur dengan rumah yang aku ada sekarang. aku bersyukur sangat walaupun sekadar rumah sewa. tapi kalau boleh, aku nak rumah yang lebih luas sedikit. Annur Hasya pun semakin membesar&aku nak bagi lebih ruang untuk dia explore. in fact, en husband memang nak cari rumah teres sebab senang nak ajak family, adik beradik, sedara mara sepupu sepapat datang rumah. ha, ni la main concern dia. senang nak ajak family datang rumah. 


Tu je la kot, reason yang aku terfikir pasal pindah rumah ni, nanti kalau ada yang lain, aku update kemudian. tak tenang da aku nak menaip, Annur Hasya pun sama ketuk-ketuk keyboard laptop ni.. jealous dengan mama lettew.. 

 nak pindah, tapi barang tak packing lagi.. uwaa!!

Wednesday 11 September 2013

my new job is....

boring...


                                                            image: from google



boring weh!!!
datang ofis, on pc, click google chrome..then, sign in fb sampai la ke petang.
5.25pm logged out semua, switch off pc 5.30pm sharp berambus balik..
hari-hari..
korang syok tak kerja macam ni?
kalau tanya aku, mula-mula seronok r.. ni nak masuk 2 bulan kat ofis baru..
nothing much to do here, x banyak case came in, verbal inquiries by banker pun kurang..
aduhai..
aku rindu...
-
-
-
-
pada kesibukan di tempat kerja lama dulu.. <ceh! blah r..rindu konon. bukan ko yang paling malas sekali ke nak bangun pagi pergi kerja..>

but the good thing is, aku asyik BW je..so macam-macam blog baru yang aku jumpa, macam-macam idea aku dapat. lagi-lagi on organizing thing..
hihihi.. x sabar nak apply ilmu organizing yang aku dapat masa stalked blog korang.
tetiba macam dapat inspirasi pula.. tunggu la aku masuk rumah baru <sewa je pun> hujung bulan ni..
inshaallah..

Thursday 29 August 2013

Bila anak dah pandai beraksi



Ko tengok, ko tengok...
Kuss semangat..macam nak gugur jantung mama..
anak..anak..
baru 7 bulan..
dah pandai memanjat, berdiri dan meniti kat tepi tv cabinet, sofa..
siap lepas tangan pula tu..
tinggalkan sekejap je pergi basuh botol susu pagi tadi
sigh~ T_._T
lepas ni mama jadi tarzan la..
asyik melolong je..
huhuhu

Sunday 9 June 2013

Tinggal la kasih tinggal la sayang...

Hahahaha..tajuk entry macam lagu la pulak rasa..

Hari ini aku dah ada di kampung aku..Gemas. Semasa entry ni ditaip, Husband on the way balik Cheras.. Hasya???? Mesti la dengan aku. Tak kan nak ditinggalkan dengan Husband.. Alamatnya banjir la kampung ni.. Eleh kau macam la air mata kau tu banyak sangat macam air kat empangan Bakun tu..    

Sebenarnya tujuan aku balik ke kampung ni untuk tengok tolong mak aku buat kerja-kerja sebelum kenduri doa selamat adik ipar yang bakal bersalin bulan 7 ni [in sha Allah] disekalikan dengan majlis pertunangan adik perempuan [merenyam sangat da nak kahwin] aku yang ke-4. Sementara, aku belum confirm lagi dapat kerja kat Kajang tu, aku rasa lagi baik aku balik kampung awal sikit untuk tolong mak aku buat persediaan. Of course la aku da minta kebenaran Husband [paksaan sebenarnya] sebelum buat keputusan ni kan..

Mulanya Husband agak berat hati nak bagi aku balik kampung tanpa dia ada sekali. Seminggu pula tu. Kalau 2-3 hari maybe die ok. Alasan nya siapa nak masak untuk dia nanti [ceh! Aku masak sedap-sedap pun budu dengan timun gak yang dia makan] & nanti dia rindu kat baby.. [sekali lagi ceh!! Hehehehe] Bukan nak rindu kat aku pun kan.. Tak pe la, kte bagi masa kat dia cuba develop rasa rindu tu sepanjang aku tak ada bersama dia.. Hahahaha

Apa yang aku rasa pulak? Hmm..aku mesti la akan rindukan dia sesangat [salah penggunaan bahasa ni] dan selalu akan fikirkan dia, apa dia tengah buat, da makan ke belum dan selalu akan call dia [kalau aku ada kat sana, sekali pun susah dia nak call sepanjang waktu dia kerja] Biasa la,a itu perbezaan lelaki dan perempuan kan..

Apa-apa pun aku akan cuba stay kat kampung sampai kenduri selesai dan fikirkan samada aku nak tinggalkan Hasya kat sini bagi mak aku jaga or aku cari pengasuh or nursery je. Tu lain kali la aku cerita. Nak tidur...zzzzzzzz

Sunday 2 June 2013

Bila baby Hasya selsema


Risau sampai tidur pun tak lena..
Risau oiii kalau anak tiba-tiba selsema..
Ala..baru selsema..
Baru selsema kata kau!
 Dari selsema ni la boleh datang penyakit lain pulak tau tak.. Batuk.. Demam..
Huish! Mintak simpang la jangan berjangkit kat anak aku.
Kecil lagi ooi.. Kesian aku tengok sok sek sok sek hidung tersumbat. 

Malam masa nak start selsema tu yang masa pergi Austin Steak House tu la. Maybe berjangkit dengan anak-anak kawan husband. Sebab masa tu aku tengok ada yang selsema & batuk. Aku pulak tak terfikir penyakit ni boleh berjangkit.. Sigh! [my bad].. Ye la kan, orang baru 1st time jadi mak, masih kurang lagi ilmu.. Masih banyak lagi ilmu tentang anak-anak dan keluarga yang perlu dicari.. Dituntut..

Balik dari makan tu, aku tengok Hasya ok lagi. Masih aktif.
Tapi pagi esok nya Hasya da mula start bersin.
Mula-mula aku ingatkan sebab habuk ke apa kan. Gigih la aku sapu sampah bagai.. Selalu Hasya bersin tak ada air dalam hidung dia. Tapi kali ni, hidung dia berair..
Aku rasa badan dia agak panas..
[aku rasa guna tangan je sebab aku tak beli lagi thermometer]
Aku da start risau da masa ni.
Kebetulan mak aku call tanya balik kampung ke tak minggu ni, terus la aku tanya kot-kot ada petua. Mak aku suruh bagi ubat or bawa pergi klinik.. [adeh]
Aku selagi boleh tak mau bagi Hasya makan ubat sebab kan tak baik bagi baby bawah 2 tahun makan ubat kan..

Lepas tu mak aku kata boleh letak kunyit kat dahi dia. Gosokkan kunyit tu kat belakang lesung batu. Malangnya, rumah aku tak ada kunyit hidup, serbuk kunyit ada la..huhuhu.. Boleh ke? Terus la aku sms En. Husband, minta dia beli kunyit hidup lepas dia balik kerja nanti & alang-alang tu bawa balik thermometer nak check suhu badan baby.
 Sambil-sambil tu aku google la cara-cara nak hilangkan selsema tu.
 Paling famous petua guna kunyit tu la.
 Ada gak yang suruh guna precussion technique [camni ke eja dia?]
Hentam saja la labu

Nak petang-petang sikit, En. Husband call kata nak pergi jumpa Miyah [adik ipar] malam nanti.
Dia suruh siap-siap. Aku da berat hati masa tu, sebab Hasya da senyap je hari ni. Mulut dia x bising pun, Senyap je.. Senyum pun nak tak nak je.
Maybe sebab dia tak selesa hidung dia tersumbat..
Tapi, En. Husband nak ajak pergi sekali gak [sigh!]

Kami melepak kat kedai mamak kat Padan Indah tu sampai 11.30 p.m. Dengan berembun nya, Hasya agak cranky.. Selalu dia tak pernah kisah sesiapa pun nak pegang dia, tapi malam tu bila cik de [Miyah] pegang, dia da start menagis.
Nak kat mama dia saja..
Nak menambahkan ke'sadis'anya, malam tu Hasya tak mau tidur.. Pukul 3.30 a.m baru dia lelap.. Aku letak minyak yu yi cap limau kat dada & tapak kaki dia, tapi tak jalan.
Husband letak kunyit kat dahi & hidung dia. Da macam red indian pulak aku tengok nya.. hehehehe.
Aku try juga buat precussion technique tu..
Ala, bukan susah pun. Tiarapkan Hasya ats peha macam kita nak burp kan dia, tapi alas la perut dia dengan bantal. Lepas tu, buat tangan bentuk cupping, tepuk perlahan belakang dia dengan guna kekuatan dari pergelangan tangan dalam 15 minit.
Tepuk kiri kanan la, nak bagi kahak tu longgar.
Nanti kahak tu akan keluar melalui batuk atau masa bersin. Kalau tertelan pun tak apa, nanti dia keluar melalui berak dia.
Tapi, Hasya tak batuk atau bersin, dia muntah.. Habis selambak keluar. Nasib aku alas dengan kain batik, kalau tak habis cadar mama sayang oi... hehehehe.
Tapi aku rasa, punca dia muntah tu sebab aku suapkan susu lepas buat teknik tu.. hahaha

Esok pagi nya, selsema & bunyi kahak dalam hidung dia masih ada. Tapi da tak teruk macam semalam, da tak bersin-bersin lagi.. Alhamdulillah..
Sambil-sambil tu aku letak normal saline [eye drop] dalam hidung dia. Yang letak eye drop ni, girlfriend Amin [adik aku] yang bagi. Dia nurse kat Hospital Seremban. Berkesan gak aku rasa dari guna nasal aspirator yang ntahpapentah tu..  Maybe aku salah beli. Ke aku yang tak reti guna.. Aku beli brand Anakku macam dalam gambar ni.. Tapi aku punya warna pink [kata anak pompuan..]



Apa-apa pun, hari ni Hasya da ok da tapi mama dia pulak yang berjangkit selsema nya.. Malam tadi lepas bangun buat susu untuk Hasya dalam pukul 3.30 a.m, terus tak boleh tidur sampai lepas subuh.. [nanges] Tak apa la nak, asalkan kamu sihat, mama da happy...

Nota kaki: Kalau kau tau anak ko demam ke, selsema ke, batuk ke atau apa-apa penyakit yang mudah berjangkit la, jangan pegang-pegang, cium-cium anak orang lain ok!

Friday 31 May 2013

2nd Anniversary Celebration @ Austin Steak House


Semalam kiteorang pergi makan kat Austin Steak House, Bandar Baru Bangi.. Kiranya macam dinner for our 2nd Anniversary la..
[Our anniversary on 28th May] 
Baru nak celebrate? 
Nape tak celebrate on the date itself? 

Ceh! sukati aku la kan.. hahaha. Actually, tak de plan pun nak celebrate. Ingat-ingat sendiri sudah.
 Apa? 
Tak romantik? 
Bukan..Bukan macam tu.. 
Bukan tak romantik, tapi kena fikir ongkos nya jugak.. 

Ye la kan sejak aku jadi suri rumah sepenuh masa ni, income datang dari En. Husband saja. 
So, tak nak la tambah burden kat dia kan.. Lagipun, bukan mati pun kalo tak celebrate kan..
[Heh! ko cakap je kan. Kalo husband ko tak celebrate muncung ko panjang je kan] 
Hehehehe.. 
Memang la kan.. Sapa tak mau diri dihargaikan..
Tambah-tambah lagi En. Husband aku ni bukan jenis pengingat tarikh-tarikh penting ni.. Birthday dia, dia ingat la.. Cer tanya bila birthday aku..Macam-macam tarikh dia bagi.. Nombor plate kereta yang dia hari-hari drive tu pun tak ingat.. Apa kan lagi alamat rumah sendiri.. Bila aku membebel kat dia, dia jawab "Bukan penting pun.." 
[ceh!]

Aargh! membebel pasal lain plak.. Aku nak cerita pasal anniversary kan. kebetulan pulak, anniversary kitaorang dengan Lan&Kak Niza tarikh nya sebelah-sebelah je. Diaorang on 29th May. So, semalam kira celebrate sekali la.. Diorang da 9 tahun kahwin kot..
 [Fuh! Long way to go]
 Hope our marriage last forever.. 
In sha Allah.. Aminnn...

Mula-mula Kak Niza suggest nak makan steambot [macam ni ke eja] kat Redwok Bangi.. ambil buffet.
 Tapi memandangkan perut aku jenis kecil bukan boleh makan banyak pun kan. Jadi tak relevant ambil buffet.. 
En. Husband pulak nak makan western food.
 Aku terus google nak cari port mana yang best. Kebetulan dulu pernah baca blogger Safiyah Osman [Sweetlikekissess] pernah cerita kedai-kedai western food yang dia pernah pergi. 
Dia pernah pergi 3 tempat HR Steak House, Wadhinana Islamic & Austin Steak House. 
Aku pilih Austin la lepas tengok banyak review yang kata makanan dia best. 






Tampal muka sendiri je la ek..
 Gambar makanan tak ada. Sebab makanan En. Husband sampai dulu & dia terus telan sorang-sorang 
[Huh!] 
En. Husband order Mix Steak & jus apple+asam boi.
 Mix steak harga dia RM15.90. Rasa sedap tapi portion kecil. So tak puas hati kat situ. 
Aku punya makanan sampai last sekali. Orang lain da habis makan, baru makanan aku sampai..
 Huhuhu [sadis aku kena makan sorang-sorang] 
Aku order Chic Golden Blue [RM 10.90] & Carrot susu.. 
Serious sedap. 
Sebab aku tak pernah try & nak lari dari kebiasaan makan chicken chop. 
Huhuhu.. 
Total untuk kami berdua RM33.30. 
Ok la kan. Tak la mahal sangat..

Overall, semua ok la. Service agak cepat, environment & decoration kedai menarik, makanan sedap, customer pun ramai gak. Service charge pun tak ada. 
Tapi aku tak tau la kalo dia da campur sekali dalam makanan..
 Lain kali boleh pergi lagi. 

So, siapa yang duduk area Cheras, Bangi & Kajang boleh la pergi try makan kat Austin Steak House. 
Ke korang memang da selalu makan, aku je baru 1st time tau. 
Hahaha 
[Ada aku kisah] 

Nah, aku bagi alamat dia:

Austin Steak House,
55GF, Jalan Kajang Impian 2/1
Taman Kajang Impian, Seksyen 7
Bandar Baru Bangi