Sunday 9 June 2013

Tinggal la kasih tinggal la sayang...

Hahahaha..tajuk entry macam lagu la pulak rasa..

Hari ini aku dah ada di kampung aku..Gemas. Semasa entry ni ditaip, Husband on the way balik Cheras.. Hasya???? Mesti la dengan aku. Tak kan nak ditinggalkan dengan Husband.. Alamatnya banjir la kampung ni.. Eleh kau macam la air mata kau tu banyak sangat macam air kat empangan Bakun tu..    

Sebenarnya tujuan aku balik ke kampung ni untuk tengok tolong mak aku buat kerja-kerja sebelum kenduri doa selamat adik ipar yang bakal bersalin bulan 7 ni [in sha Allah] disekalikan dengan majlis pertunangan adik perempuan [merenyam sangat da nak kahwin] aku yang ke-4. Sementara, aku belum confirm lagi dapat kerja kat Kajang tu, aku rasa lagi baik aku balik kampung awal sikit untuk tolong mak aku buat persediaan. Of course la aku da minta kebenaran Husband [paksaan sebenarnya] sebelum buat keputusan ni kan..

Mulanya Husband agak berat hati nak bagi aku balik kampung tanpa dia ada sekali. Seminggu pula tu. Kalau 2-3 hari maybe die ok. Alasan nya siapa nak masak untuk dia nanti [ceh! Aku masak sedap-sedap pun budu dengan timun gak yang dia makan] & nanti dia rindu kat baby.. [sekali lagi ceh!! Hehehehe] Bukan nak rindu kat aku pun kan.. Tak pe la, kte bagi masa kat dia cuba develop rasa rindu tu sepanjang aku tak ada bersama dia.. Hahahaha

Apa yang aku rasa pulak? Hmm..aku mesti la akan rindukan dia sesangat [salah penggunaan bahasa ni] dan selalu akan fikirkan dia, apa dia tengah buat, da makan ke belum dan selalu akan call dia [kalau aku ada kat sana, sekali pun susah dia nak call sepanjang waktu dia kerja] Biasa la,a itu perbezaan lelaki dan perempuan kan..

Apa-apa pun aku akan cuba stay kat kampung sampai kenduri selesai dan fikirkan samada aku nak tinggalkan Hasya kat sini bagi mak aku jaga or aku cari pengasuh or nursery je. Tu lain kali la aku cerita. Nak tidur...zzzzzzzz

Sunday 2 June 2013

Bila baby Hasya selsema


Risau sampai tidur pun tak lena..
Risau oiii kalau anak tiba-tiba selsema..
Ala..baru selsema..
Baru selsema kata kau!
 Dari selsema ni la boleh datang penyakit lain pulak tau tak.. Batuk.. Demam..
Huish! Mintak simpang la jangan berjangkit kat anak aku.
Kecil lagi ooi.. Kesian aku tengok sok sek sok sek hidung tersumbat. 

Malam masa nak start selsema tu yang masa pergi Austin Steak House tu la. Maybe berjangkit dengan anak-anak kawan husband. Sebab masa tu aku tengok ada yang selsema & batuk. Aku pulak tak terfikir penyakit ni boleh berjangkit.. Sigh! [my bad].. Ye la kan, orang baru 1st time jadi mak, masih kurang lagi ilmu.. Masih banyak lagi ilmu tentang anak-anak dan keluarga yang perlu dicari.. Dituntut..

Balik dari makan tu, aku tengok Hasya ok lagi. Masih aktif.
Tapi pagi esok nya Hasya da mula start bersin.
Mula-mula aku ingatkan sebab habuk ke apa kan. Gigih la aku sapu sampah bagai.. Selalu Hasya bersin tak ada air dalam hidung dia. Tapi kali ni, hidung dia berair..
Aku rasa badan dia agak panas..
[aku rasa guna tangan je sebab aku tak beli lagi thermometer]
Aku da start risau da masa ni.
Kebetulan mak aku call tanya balik kampung ke tak minggu ni, terus la aku tanya kot-kot ada petua. Mak aku suruh bagi ubat or bawa pergi klinik.. [adeh]
Aku selagi boleh tak mau bagi Hasya makan ubat sebab kan tak baik bagi baby bawah 2 tahun makan ubat kan..

Lepas tu mak aku kata boleh letak kunyit kat dahi dia. Gosokkan kunyit tu kat belakang lesung batu. Malangnya, rumah aku tak ada kunyit hidup, serbuk kunyit ada la..huhuhu.. Boleh ke? Terus la aku sms En. Husband, minta dia beli kunyit hidup lepas dia balik kerja nanti & alang-alang tu bawa balik thermometer nak check suhu badan baby.
 Sambil-sambil tu aku google la cara-cara nak hilangkan selsema tu.
 Paling famous petua guna kunyit tu la.
 Ada gak yang suruh guna precussion technique [camni ke eja dia?]
Hentam saja la labu

Nak petang-petang sikit, En. Husband call kata nak pergi jumpa Miyah [adik ipar] malam nanti.
Dia suruh siap-siap. Aku da berat hati masa tu, sebab Hasya da senyap je hari ni. Mulut dia x bising pun, Senyap je.. Senyum pun nak tak nak je.
Maybe sebab dia tak selesa hidung dia tersumbat..
Tapi, En. Husband nak ajak pergi sekali gak [sigh!]

Kami melepak kat kedai mamak kat Padan Indah tu sampai 11.30 p.m. Dengan berembun nya, Hasya agak cranky.. Selalu dia tak pernah kisah sesiapa pun nak pegang dia, tapi malam tu bila cik de [Miyah] pegang, dia da start menagis.
Nak kat mama dia saja..
Nak menambahkan ke'sadis'anya, malam tu Hasya tak mau tidur.. Pukul 3.30 a.m baru dia lelap.. Aku letak minyak yu yi cap limau kat dada & tapak kaki dia, tapi tak jalan.
Husband letak kunyit kat dahi & hidung dia. Da macam red indian pulak aku tengok nya.. hehehehe.
Aku try juga buat precussion technique tu..
Ala, bukan susah pun. Tiarapkan Hasya ats peha macam kita nak burp kan dia, tapi alas la perut dia dengan bantal. Lepas tu, buat tangan bentuk cupping, tepuk perlahan belakang dia dengan guna kekuatan dari pergelangan tangan dalam 15 minit.
Tepuk kiri kanan la, nak bagi kahak tu longgar.
Nanti kahak tu akan keluar melalui batuk atau masa bersin. Kalau tertelan pun tak apa, nanti dia keluar melalui berak dia.
Tapi, Hasya tak batuk atau bersin, dia muntah.. Habis selambak keluar. Nasib aku alas dengan kain batik, kalau tak habis cadar mama sayang oi... hehehehe.
Tapi aku rasa, punca dia muntah tu sebab aku suapkan susu lepas buat teknik tu.. hahaha

Esok pagi nya, selsema & bunyi kahak dalam hidung dia masih ada. Tapi da tak teruk macam semalam, da tak bersin-bersin lagi.. Alhamdulillah..
Sambil-sambil tu aku letak normal saline [eye drop] dalam hidung dia. Yang letak eye drop ni, girlfriend Amin [adik aku] yang bagi. Dia nurse kat Hospital Seremban. Berkesan gak aku rasa dari guna nasal aspirator yang ntahpapentah tu..  Maybe aku salah beli. Ke aku yang tak reti guna.. Aku beli brand Anakku macam dalam gambar ni.. Tapi aku punya warna pink [kata anak pompuan..]



Apa-apa pun, hari ni Hasya da ok da tapi mama dia pulak yang berjangkit selsema nya.. Malam tadi lepas bangun buat susu untuk Hasya dalam pukul 3.30 a.m, terus tak boleh tidur sampai lepas subuh.. [nanges] Tak apa la nak, asalkan kamu sihat, mama da happy...

Nota kaki: Kalau kau tau anak ko demam ke, selsema ke, batuk ke atau apa-apa penyakit yang mudah berjangkit la, jangan pegang-pegang, cium-cium anak orang lain ok!