Sunday 9 June 2013

Tinggal la kasih tinggal la sayang...

Hahahaha..tajuk entry macam lagu la pulak rasa..

Hari ini aku dah ada di kampung aku..Gemas. Semasa entry ni ditaip, Husband on the way balik Cheras.. Hasya???? Mesti la dengan aku. Tak kan nak ditinggalkan dengan Husband.. Alamatnya banjir la kampung ni.. Eleh kau macam la air mata kau tu banyak sangat macam air kat empangan Bakun tu..    

Sebenarnya tujuan aku balik ke kampung ni untuk tengok tolong mak aku buat kerja-kerja sebelum kenduri doa selamat adik ipar yang bakal bersalin bulan 7 ni [in sha Allah] disekalikan dengan majlis pertunangan adik perempuan [merenyam sangat da nak kahwin] aku yang ke-4. Sementara, aku belum confirm lagi dapat kerja kat Kajang tu, aku rasa lagi baik aku balik kampung awal sikit untuk tolong mak aku buat persediaan. Of course la aku da minta kebenaran Husband [paksaan sebenarnya] sebelum buat keputusan ni kan..

Mulanya Husband agak berat hati nak bagi aku balik kampung tanpa dia ada sekali. Seminggu pula tu. Kalau 2-3 hari maybe die ok. Alasan nya siapa nak masak untuk dia nanti [ceh! Aku masak sedap-sedap pun budu dengan timun gak yang dia makan] & nanti dia rindu kat baby.. [sekali lagi ceh!! Hehehehe] Bukan nak rindu kat aku pun kan.. Tak pe la, kte bagi masa kat dia cuba develop rasa rindu tu sepanjang aku tak ada bersama dia.. Hahahaha

Apa yang aku rasa pulak? Hmm..aku mesti la akan rindukan dia sesangat [salah penggunaan bahasa ni] dan selalu akan fikirkan dia, apa dia tengah buat, da makan ke belum dan selalu akan call dia [kalau aku ada kat sana, sekali pun susah dia nak call sepanjang waktu dia kerja] Biasa la,a itu perbezaan lelaki dan perempuan kan..

Apa-apa pun aku akan cuba stay kat kampung sampai kenduri selesai dan fikirkan samada aku nak tinggalkan Hasya kat sini bagi mak aku jaga or aku cari pengasuh or nursery je. Tu lain kali la aku cerita. Nak tidur...zzzzzzzz

No comments:

Post a Comment